Malidur rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad dan jatuhnya pada hari ke-12 Rabiul Awal, Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Mulid Nabi. Setiap tahun pada hari yang sama umat Islam akan diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhamad SAW dengan mengadakan beberapa acara dan ceramah.
Pastinya umat Islam di Malaysia sudah sinonim dengan majlis perarakan sempena Majlis Malidur Rasul, namun sedarkah kitaapa matlamat sebenar perarakan itu diadakan dan adakah ia wajib dianjurkan?
Perarakan bukanlah matlamat utama dalam menyambut Malidur Rasul. Tiada nas atau dalil Al-Quran dan hadis mengatakan sambutan berkenaan perlu dibuat dalam bentuk perarakan.
Dalam pengertian lain, perarakan yang dianjurkan mempunyai matlamat tersendiri bagi melahirkan masyarakat bersatu padu.
Sambutan Maulud Nabi yang diisi dengan perjuangan Rassulullah yang dikenali dengan sifat mulia sejak zaman kanak-kanak, remaja hingga dewasa.
Disebabkan itu pengisian utama Malidur Rasul sepatutnya dipenuhi dengan ceramah mengenai junjungan Rasulullah yang menjadi contoh sebagai bapa, sahabat dan suami terbaik.
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment