Thursday, September 18, 2008

Durian runtuh


Penggemar 'raja buah ' kini boleh mendapatkan durian murah di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah yang dijual antara RM3 dan RM4 sekilo sahaja yang dilakukan setiap tahun.


Orang ramai boleh membeli durian terbaik di negeri ini dengan harga yang jauh lebih murah disini, setiap hari dari jam 9 pagi hingga 12 tghari.


Sebanyak 1200 batang pokok durian disana dapat membekalkan sebanyak 3000 durian setiap hari untuk dijual dihadapan pintu masuk taman. Penjualan dilakukan bermula awal September lalu dan dijangka berakhir menjelang Aidilfitri ini dengan jualan mencecah kira2 50,000 biji. Pihak Taman Pertanian memberi peluang kepada orang ramai merasai rasa durian terpilih dengan harga murah. Antara jenis durian ialah D145, IOI, D2, D45 dan sebagainya.


.

No comments: