Sunday, September 14, 2008

Gangguan Bekalan Air di Bandar Kuantan


Jabatan Bekalan Air (JBA)Pahang memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air berlaku di bandar Kuantan dan sekitarnya sejak kebelakangan ini.


Ini disebabkan loji air Bukit Ubi yg membekalkan air ke bandar tidak beroperasi sejak sebulan lalu akibat tanah runtuh yg menyebabkan paip air mentah terputus. Utk mengatasi masalah ini, bekalan air diambil dari loji air Semambu yg juga membekalkan air disekitar bandar Kuantan.


Pada 11 September lalu, satu kebocoran besar dikesan pada laluan paip air mentah ke loji air Semambu yg menyebabkan keupayaannya membekalkan air terjejas akibat tekanan rendah. Kebocoran ini tidak dpt dibaiki serta-merta kerana melibatkan kelengkapan yg perlu ditempah dan dijangkakan kerja membaiki kerosakan ini dpt disiapkan sebelum 23 September ini.


JBA akan menghantar bekalan air melalui lori tangki ke kawasan yg terjejas teruk dan mengharapkan pengguna dapat menggunakan air secara cermat dan berhemah.





..sumber JBA Pahang

No comments: