Thursday, January 29, 2009

Denggi - Kuantan catat kes tertinggi


Kes demam denggi terus meningkat dengan Kuantan mencatatkan 41 kes daripada 83 kes yang dilaporkan di negeri Pahang.


Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan negeri setakat 19 Jan, Jerantut 10 kes, Bera 6 kes, Temerloh & Maran 5 kes, Pekan & Raub 4 kes, Bentong & Rompin 3 kes dan Lipis 2 kes.


Lapan kawasan bermasalah yang menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes iaitu tujuh di Kuantan dan satu di Jerantut. Setakat ini tiada kes denggi berdarah dilaporkan di negeri ini.


Empat strategi utama untuk membasmikan masalah itu termasuk pemantaun berterusan aktiviti kawalan dan pencegahan, menggerakkan masyarakat meningkatkan aktiviti kebersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk.

No comments: