Wednesday, January 14, 2009

Hari Solidariti Palestin

Badan Nadwah Islamiah Pahang dengan kerjasama enam pertubuhan lain menubuhkan sekretariat Solidariti Palestin yang akan menganjurkan Hari Solidariti Palestine di perkarangan Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1, pada 16 Januari ini.

Sekretariat itu dtubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti yang berkaitan bantuan kepada rakyat Palestin serta menyedarkan orang ramai mengenai penderitaan yang dialami mereka.

Antara pertubuhan NGO yang menyertai ialah ABIM, Jemaah Islamiah dan Pers Bekas Pelajar IPT, Yayasan Amal, Majlis Belia dan Sukan Kuantan.

Antara program yang akan diadakan pada hari itu ialah pameran mengenai Palestin, kutipan derma dan pidato pada sebalah malam. Orangramai juga boleh menyampaikan derma kepada rakyat Palestin dengan menghantar kepada NADWAH , 121A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, Kuantan atau sumbangan di Nadwah Mini Market.

No comments: