Tuesday, January 27, 2009

Tarikh luput dalam kod bar

Kerajaan sedang mencari penyelesaian jangka panjang terhadap trend menjual produk luput tarikh di pasar raya dengan menwajibkan maklumat itu dimasukkan kedalam sisteam kod bar masing-masing.

Langkah itu akan memboleh kan barangan khususnya makanan dan ubat-ubatan yang telah luput tarikh dikesan semasa pembelian atau di kaunter juruwang.

Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sistem itu tidak dilaksanakan kerana berpunca daripada kelalaian sesetengah pasar raya besar yang menjual produk yang telah rosak sehingga mengancam nyawa pengguna. Pihak pengurusan pasar raya perlu berkerjasama di semua peringkat sama ada di bahagian semakan, penyeliaan, auatu pembayaran bagi memastikan produk terjamin kualitinya.

Sekiranya pengguna yang terbeli produk luput tarikh diminta memulangkannya barangan untuk ganti rugi, ia tidak akan selesaikan masalah dalam jangka masa panjang.

No comments: