Saturday, January 17, 2009

Kejohanan Futsal Admiral 2009

Kuantan menjadi gelanggang pembuka tirai sirkit kejohanan yang bakal berlangsung di ruang legar tempat letak kereta East Coast Mall , 8 Februari depan.

Lokasi lain menjadi pilihan syarikat produk sukan itu ialah Selangor (Mac), Johor (Mei), Kedah (Julai) dan Pulau Pinag (Oktober). Manakala 4 pasukan terbaik akan beraksi di Grand Final di Berjaya Times Square pada bulan Disember.

Setiap pasukan akan menggunakan format '3 on 3' dgn round robin format utk pusingan pertama dan setiap pasukan bermain sebanyak 2 kali. Hanya juara kumpulan meneruskan ke peringkat ke2 dengan sistem kalah mati.

Kejohanan mensasarkan penyertaan remaja 13 tahun hingga 18 tahun dan kategori dewasa. Bayaran RM100, borang penyertaan di outlet New Balance & N-Concept Store atau dari web http://admiralmy.blogspot.com atau www.gofutsal.com. Di Kuantan boleh didapati di East Coast Mall.

Selain itu orangramai berpeluang menyertai pelbagai aktivi sepanjang hari iaitu sepakan penalti, pertandingan timbang bola secara bebas dan foto terbaik dengan penaja kejohanan, Fuji Film dan bermacam xtvt.

Juara bawah 15 tahun baucer RM1,00.00, bawah 18tahun RM1,200.00 dan terbuka RM1,500.00.

No comments: