Tuesday, January 27, 2009

Two drown at Cherating Beach

Cherating - Seorang remaja lelaki mati lemas manakala seorang lagi hilang ketika mandi di Pantai Cherating dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, seramai 4 orang telah dihanyutkan ombak besar ketika mandi. Mangsa mengikuti keluarganya yang tinggal di Damansara, Kuala Lumpur untuk bercuti di Pantai Cherating sempena cuti Tahun Baru China.

Mayat mohd Hafiz dijumpai kira2 pukul 2.50 petang. Manakala 2 lagi telah diselamatkan oleh dua lelaki pelancong asing dari Iran dan Scotland. Mangsa kedua masih hilang yang mandi di tempat yang sama. Mangsa merupakan anggota konvoi berkereta dari Johor. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh penyelamat bagi mengesan kedudukan mangsa yang dikhuatiri mati lemas.

No comments: